Close

OnePlus Nord CE4 diperkenalkan – Guna Snapdragon 7 Gen 3, bateri 5500mAh dan pengecasan 100W

OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti baru di bawah siri Nord iaitu CE4. Siri Nord CE merupakan peranti yang ditawarkan pada harga mampu milik dengan beberapa ciri premium.

OnePlus Nord CE4, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, kecerahan puncak 1100 nits dan juga fungsi Aqua Touch. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYT 600 + 8MP Ultra Sony IMX355 dan Swafoto 16MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K 30fps dan Super Slow Motion pada resolusi 1080p 120fps. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 100W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP54, NFC, Bluetooth 5.4, WiFi 6 dan menjalankan sistem operasi Oxygen OS 14 berasaskan Android 14. Untuk kemas kini, peranti ini menyokong 2 tahun kemas kini Android dan 3 tahun kemas kini keselamatan.

Di India, OnePlus Nord CE4 dijual pada harga bermula sekitar ₹24,999 (RM1423) dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna Celadon Marble dan Dark Chrome. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN