Close

Xiaomi SU7 catat tempahan melebihi 88,898 unit – Waktu menunggu mencapai sehingga 7 bulan

EV pertama dari Xiaomi iaitu SU7 yang diperkenalkan pada 28 Mac lalu telah berjaya mencipta sensasi apabila mencatatkan pra-tempahan melebihi 88,898 unit.

Menurut laporan, EV pertama dari Xiaomi telah berjaya mencatatkan pra-tempahan melebihi 88,898 unit hanya selepas 24 Jam ia diperkenalkan. Ia satu jumlah yang sangat besar untuk sebuah syarikat dengan EV pertama.

Dengan pra-tempahan yang semakin meningkat, waktu penghantaran juga terpaksa dipanjangkan. Terbaru, waktu menunggu untuk SU7 kini mencapai sehingga 7 bulan. Manakala, untuk SU7 Max pula waktu penghantaran terpaksa dilanjutkan kepada pertengahan Oktober.

Xiaomi SU7 hadir dengan 3 pilihan varian iaitu SU7, SU7 Pro dan juga SU7 Max. Dijual pada harga sekitar 215,900 Yuan (RM141K) untuk SU7, 245,900 Yuan (RM161K) untuk SU7 Pro dan model paling premium iaitu SU7 Max pula dijual pada harga sekitar 299,900 Yuan (RM197K). Buat masa ini, Xiaomi SU7 hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN