Close

ChatGPT kini boleh digunakan tanpa akaun

Perkhidmatan kecerdasan buatan dari OpenAI iaitu ChatGPT kini boleh digunakan tanpa sebarang akaun. Bermaksud, ia kini boleh diakses tanpa memerlukan akaun sekaligus membolehkan ia digunakan oleh sesiapa sahaja.

Sebelum ini, pengguna perlu melakukan daftar masuk atau log in terlebih dahulu sebelum boleh mengguna ChatGPT. Dengan kemas kini ini, apabila anda membuka laman ChatGPT ia terus boleh digunakan untuk berinteraksi.

Menurut OpenAI, fungsi ini diperkenalkan untuk membolehkan lebih ramai pengguna mengetahui dan mencuba keupayaan AI Generatif yang dibangunkan oleh mereka. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan sekiranya anda menggunakan ChatGPT tanpa akaun.

Antaranya kekurangannya adalah tidak boleh menyimpan atau menyemak sejarah perbualan, berkongsi perbualan, tiada sokongan perbualan suara dan tiada sokongan arahan khusus.

ChatGPT dari OpenAI mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2022. Tersedia secara percuma atau berbayar dan turut boleh digunakan pada peranti iOS dan Android.

ARTIKEL BERKAITAN