Close

Nokia 3210 4G tiba di Malaysia dengan harga RM339

HMD Global membawakan kembali model yang pernah menjadi ikonik iaitu Nokia 3210. Masih mengekalkan rekaan ikonik namun dimuatkan dengan spesifikasi yang menarik sesuai dengan teknologi masa kini.

Nokia 3210 dilengkapi dengan skrin TFT LCD bersaiz 2.4-inci, kamera belakang 2MP dan sokongan rangkaian 4G. Menggunakan RAM 64MB dan storan dalaman 128MB yang menyokong mikroSD sehingga 32GB. Dimuatkan dengan bateri 1450mAh yang menyokong pengecasan melalui USB-C.

Peranti ini turut menyokong Bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm. Menjadikan ia lebih menarik, peranti ini turut dimuatkan dengan permainan popular Snake.

Di Malaysia, Nokia 3210 4G ini dijual pada harga RM339. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Kuning, Biru dan Hitam.

ARTIKEL BERKAITAN