Close

POCO F6 akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8s Gen 3

POCO telahpun menjadualkan acara pelancaran siri F6 secara global pada 23 Mei ini. Dua pilihan model dijangka akan diperkenalkan iaitu POCO F6 dan POCO F6 Pro.

Dalam perkongsian terbaru, POCO mengesahkan yang model F6 akan dijana dengan cip Snapdragon 8s Gen 3. Cip Snapdragon 8s Gen 3 menggunakan teknologi binaan 4nm dari TSMC. Menggunakan konfigurasi teras 1+4+3 yang turut menyokong RAM LPDRR5X sehingga 24GB dengan kelajuan 4200MHz dan storan dalaman menyokong teknologi UFS 4.0.

Selain itu, F6 akan dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-600 + 8MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 90W.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat yang didedahkan mengenai F6 Pro. Namun menurut laporan, F6 Pro adalah penjenamaan semula kepada model Redmi K70 yang ditawarkan untuk pasaran China. Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan bateri 5000mAh.

Sebelum ini, POCO telahpun mengesahkan rekaan yang digunakan F6 dan F6 Pro. Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan yang kedua-dua model tampil dengan rekaan yang berbeza. Untuk F6 ia tampil dengan tetapan dwi-kamera manakala F6 Pro guna tetapan tri-kamera.

ARTIKEL BERKAITAN