POCO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu siri POCO F6 pada 23 Mei ini secara global. Seperti model sebelumnya, siri POCO lebih memfokuskan kepada harga jualan yang lebih mampu bersama spesifikasi yang menarik.
Get ready to witness the lastest POCO F6 series!
— POCO (@POCOGlobal) May 13, 2024
📅Mark your calendars! We're excited to invite you to our most anticipated event of the year!
🌟Catch up on May 23, 15:00 (GMT+4) , Dubai, for the global launch event to discover more.#POCOF6Series #POCOF6Pro #POCOF6… pic.twitter.com/iG62KhKATN
Malangnya, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai peranti ini. Namun, menurut beberapa maklumat, siri POCO F6 bakal ditawarkan dalam dua pilihan model iaiti POCO F6 dan POCO F6 Pro. Untuk POCO F6 Pro, ia adalah penjenamaan semula kepada model Redmi K70 yang ditawarkan untuk pasaran China. Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan bateri 5000mAh.
Manakala untuk POCO F6, ia berkemungkinan akan dijana dengan cip Snapdargon yang lebih baru iaitu 8s Gen 3. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan sensor dari Sony IMX882.
Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa. Sama-sama kita nantikan.