vivo X100 Ultra akhirnya diperkenalkan secara rasmi di China. Merupakan paling model premium dalam siri X100, hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.
vivo X100 Ultra dilengkapi dengan skrin E7 LTPO AMOLED jenis melengkung dengan saiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3000 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT 900 + 200MP Sony LYT 900 1./1.4 Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. vivo X100 Ultra merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan algoritma BlueImage yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan cip pengimejan vivo V3+ dan penjenamaan Zeiss.
Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 30W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP69, WiFi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 berasakan Android 14.
Di China, vivo X100 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY6499 (RM4252) untuk 12GB+256GB dan CNY7999 (RM5233) untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Titanium, White dan juga Grey.