Platform permainan video popular iaitu Steam kini diharamkan di Vietnam. Langkah tersebut diambil selepas Steam mengalih keluar permainan tempatan dari platform mereka tanpa kebenaran.
Menurut laporan. Steam gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Vietnam pada semua pembangun permainan. Peraturan tersebut memerlukan Steam atau pembangun mendapat kebenaran dari kerajaan sekiranya mahu mengalih keluar permainan dari platform mereka. Pelanggaran peraturan tersebut akan memberikan kesan kepada industri permainan tempatan.
Pada ketika ini, kerajaan Vietnam dan Steam belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan isu tersebut. Namun, menurut pengguna di Vietnam platform permainan tersebut kini tidak boleh diakses melalui laman web Steam atau Steam launcher.