Close

Google perkenalkan fungsi ‘Ask Photos’ – Dijana melalui Gemini

Google kini membawakan fungsi carian baru pada aplikasi Photos yang dipanggil sebagai ‘Ask Photos’. Seperti namanya, ia membolehkan pengguna membuat carian yang lebih baik berdasarkan kepada gambar.

Fungsi ini dijana dengan kecerdasan buatan (AI) dari Google iaitu Gemini. Melaluinya, ia membantu pengguna mencari gambar dalam aplikasi Photos dengan lebih mudah dan lebih pantas melalui pertanyaan seperti lokasi menarik yang pernah dilawati, tema warna baju, tarikh istimewa dan sebagainya. Dengan fungsi ini, pengguna tidak lagi perlu menatal atau mencari gambar satu persatu dalam aplikasi Photos.

Lebih menarik, fungsi ini turut boleh mencadangkan gambar terbaik dan menarik untuk anda serta boleh menjana caption untuk dikongsi di media sosial. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya akan tersedia kepada pengguna pada pertengahan tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN