Close

OpenAI perkenalkan GPT-4o – Lebih berkuasa dan tersedia untuk pengguna percuma

OpenAI mempekenalkan model AI baru mereka iaitu GTP-4o, “o” dibelakang adalah singkatan kepada “omni”. Menurut OpenAI, model AI baru ini adalah lebih pantas dan mempunyai interaksi yang lebih semula jadi antara pengguna dan AI.

Selain itu, GPT-4o ini mampu menjana kandungan teks, audio, imej dan video dengan lebih baik dan juga lebih pantas. Menyokong lebih dari 50 bahasa dan mampu bertindak balas kepada input audio dengan sangat pantas iaitu sekitar 232 milisaat. Lebih menarik, model AI ini boleh diganggu dengan pertanyaan lain semasa penjelasan sedang dilakukan.

GPT-4o turut berkebolehan untuk menjadi pembantu suara dan boleh memerhati keadaan persekitaran melalui kamera peranti. Pengguna juga boleh memuat-naik imej dan melakukan pertanyaan berdasarkan imej tersebut. Untuk sokongan masa hadapan, ia akan menyokong perbualan suara dan video dalam masa nyata.

GPT-4o akan turut tersedia untuk pengguna percuma namun terhad kepada beberapa bilangan mesej sahaja. Selepas itu, ChatGPT akan bertukar kepada model yang lebih rendah iaitu GPT-3.5. Model AI baru ini boleh mula diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia. Untuk mencuba boleh layari laman ChatGPT.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN