Close

Aplikasi MyJPJ akan menyokong pembayaran secara atas-talian bermula Jun ini

Seperti yang kita tahu, kerajaan telahpun memperkenalkan aplikasi MyJPJ sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain itu, aplikasi ini turut membolehkan rakyat memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah secara atas-talian.

Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan yang aplikasi MyJPJ akan menyokong pembayaran secara atas-talian melalui bank atau FPX bermula 1 Jun 2024. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Pada Ogos tahun lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menyatakan yang MyJPJ akan menyokong pembayaran secara atas-talian. Pada ketika ini, aplikasi MyJPJ hanya menyokong pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.

Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Bagi anda yang ingin memperbaharui lesen memandu (e-LMM) dan cukai jalan (e-LKM) melalui MyJPJ boleh rujuk di sini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN