Sony secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Xperia 1 VI. Model ini memfokuskan kepada kemampuan fotografi dan dilengkapi dengan teknologi kamera dari Zeiss serta butang kamera khas.
Perubahan ketara pada kali ini adalah rekaan skrin kini 19.5:9 bukan lagi 21:9 yang digunakan pada model sebelum ini. Menggunakan skrin LTPO OLED Bravia bersaiz 6.5-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits.
Dikuaskan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W yang mampu mengecas 50% hanya dalam 30 minit sahaja.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Exmor 52MP (24mm) + 12MP Telefoto (85mm-170mm) + 12MP Ultra Lebar (16mm) dan 12MP swafoto. Dari segi rakaman video, ia mampu merakam sehingga resolusi 4K 120fps.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pelindungan skrin Gorilla Glass Victus 2, WiFi, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan pengimbas cap jari pada butang kuasa. Menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14 dengan sokongan kemas kini 3 tahun untuk Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.
Untuk pasaran Eropah, Xperia 1 V1 ini dijual pada harga bermula sekitar €1399 (RM7134). Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Black, Platinum silver, Khaki green dan Scar red. Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.