Close

realme GT 6T akan diperkenalkan pada 22 Mei ini

realme telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu GT 6T pada 22 Mei ini. Seiring dengan pengumuman itu, realme turut berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

realme GT 6T akan dikuasa dengan cip kelas pertengah baru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 7+ Gen 3. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Menurut laporan, realme GT 6T adalah penjenamaan model realme GT Neo6 SE yang tersedia hanya untuk pasaran China sahaja. Sekiranya tepat, realme GT 6T akan menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan 32MP swafoto.

ARTIKEL BERKAITAN