Seiring dengan pelancaran siri F6, POCO turut melancarkan tablet pertama mereka iaitu POCO Pad. Seperti siri F6, POCO Pad adalah penjenamaan semula dari model Redmi Pad yang diperkenalkan untuk pasaran China.
POCO Pad hadir dengan skrin bersaiz LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2.1K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 600 nits dan Dolby Vision. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor sebesar 8MP yang menyokong rakaman dengan resolusi 1080p. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Tablet ini boleh dikatakan agak ringan dan nipis dengan berat sekitar 571 gram dan tebal sekitar 7.52 mm. Selain itu, tablet ini turut menyokong aksesori lain seperti POCO Smart Pen dan POCO Keyboard.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara jenis stereo, WiFi 6, Gorilla Glass 3, bicu audio 3.5mm dan menjalankan sistem operasi HyperOS.
Untuk pasaran AS, POCO Pad dijual pada harga sekitar $330 (RM1556) dan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 256GB. Tablet ini dijangka turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia melalui model Redmi Pad.