Peranti dengan skrin boleh lipat dari Apple dijangka akan tiba pada 2026 dengan produk terawal berkemungkinan adalah MacBook.
Menurut laporan, Apple dikatakan sedang menguji panel skrin boleh lipat dengan saiz 20.25-inci dan 18.8-inci. Panel skrin tersebut akan dihasilkan oleh LG Display dengan pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada penghujung 2025 atau awal 2026.
Kos penghasilan skrin ini dikatakan sangat tinggi berikutan Apple menyasarkan untuk menghasilkan skrin dengan kesan lipatan yang tidak begitu ketara dan menggunakan engsel khas. Kos penghasilan skrin ini dikatakan sekitar $900 (RM4247). Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan harga jualan peranti ini mungkin sama seperti Apple Vision Pro.
Selain itu, MacBook dengan skrin lipat ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Apple M5. Laporan tersebut turut menyatakan yang Apple menyasarkan penghantaran lebih dari 1 juta unit pada 2026.