OPPO secara rasmi memperkenalkan peranti baru di bawah siri Reno12 untuk pasaran China. Tampil dalam 2 pilihan model iaitu Reno12 5G dan Reno12 Pro 5G.
Reno12 5G dan Reno12 Pro 5G berkongsi spesifikasi yang lebih kurang sama, dibezakan dengan cip dan kemampuan kamera. Siri Reno12 5G hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 1080×2412. Menggunakan skrin jenis quad-curved yang turut menyokong paparan 120Hz. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Reno12 5G dikuasakan dengan cip Dimensity 8250 manakala Reno12 Pro 5G pula dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+. Dipadankan dengan konfigurasi RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Untuk fotografi, Reno12 5G dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT600 + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar. Manakala, Reno12 Pro 5G juga menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor 50MP Sony IMX890 + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, kedua-dua model menggunakan sensor 50MP.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, Gorilla Glass 3 dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14.
Di China, Reno12 5G dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1761) dan Reno12 Pro 5G pula dijual pada harga bermula sekitar CNY3399 (RM2215). Siri Reno12 dijangka akan turut dilancarkan di Malaysia selepas Reno12 Pro 5G dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.