Close

OPPO Reno12 Pro 5G dikesan melepasi SIRIM Malaysia

OPPO Malaysia dijangka akan memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model Reno12 Pro 5G. Menariknya, peranti tersebut telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Peranti tersebut telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada 6 Mei 2024 dengan kod nama CPH2629 (OPPO Reno12 Pro 5G) dan didaftarkan di bawah Jie Business Sdn Bhd. Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini. Selain itu, peranti ini juga belum lagi diperkenalkan di mana-mana pasaran.

Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti tersebut akan memfokuskan kepada kemampuan fotografi yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik.

Buat masa ini, OPPO Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN