Close

Dell digodam – 49 juta data pelanggan dilaporkan terjejas

Dell mengeluarkan amaran kepada pelanggan mereka selepas mengesahkan terdapat kebocoran data pelanggan mereka yang dijual ke pasaran gelap.

Menurut Dell, lebih dari 49 juta data pelanggan mereka telah terjejas. Antara data yang terjejas adalah maklumat mengenai pembelian yang merangkumi nama, alamat penghantaran, maklumat perkakasan dan juga maklumat pesanan.

Dalam pada itu, Dell menegaskan kebocoran data tersebut tidak melibatkan maklumat kewangan pelanggan seperti pembayaran, e-mel dan nombor telefon pelanggan. Berikutan dari itu, Dell telah bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang dan firma forensik untuk menyiasat kejadian itu.

Selain itu, Dell turut mengeluarkan amaran kepada pelanggan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang risiko aktiviti penipuan.

Pada ketika ini, isu kebocoran data semakin hari semakin merisaukan. Sebelum ini, JD Sports dan Carousell telah menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut yang menjejaskan 17 juta data pelanggan mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN