Close

Microsoft Copilot kini tersedia untuk pengguna Telegram

Aplikasi permesejan popular iaitu Telegram kini menyokong kecerdasan buatan (AI) dari Microsoft iaitu Copilot. Kecerdasan buatan dari Microsoft ini dikuasakan oleh model GPT bersama dengan enjin carian Bing.

Melaluinya, pengguna boleh bertanya pelbagai soalan merangkumi semua aspek seperti hiburan, jenaka dan sebagainya. Selain itu, pengguna boleh meminta cadangan dan pandangan mengenai sesuatu perkara seperti Travel Planning, Fitness Guidance dan banyak lagi.

Copilot Telegram ini masih lagi diperingkat beta dan tersedia secara percuma untuk semua pengguna. Boleh diakses melalui pelbagai peranti merangkumi Android, iOS, Windows, MacOS dan juga Web.

Walaubagaimanapun, Copilot ini hanya menyokong pertanyaan melalui teks sahaja buat masa ini. Sekiranya anda ingin mencuba, akses terus CoPilot di Telegram di sini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN