Google mengumumkan yang mereka sedia untuk melaburkan $2 billion iaitu sekitar RM9.4 billion di Malaysia. Pelaburan tersebut merangkumi pembangunan Pusat Data, Google Cloud dan juga program literasi kecerdasan buatan (AI) untuk pelajar dan pendidik.
Pusat data ini akan ditempatkan di Elmina Business Park milik Sime Darby Proprety. Menurut Google, pusat data ini akan menawarkan peningkatan prestasi bagi perkhidmatan Google seperti Maps, Search, Workspace dan lain-lain. Selain itu, pelaburan ini dilihat sejajar dengan dasar kerajaan iaitu ‘Cloud First’, memaju dan meningkatkan standard keselamatan siber negara pada tahap yang lebih baik.
Melalui pelaburan ini, ia dijangka akan memberi kesan ekonomi yang besar kepada Malaysia dengan menyumbang sekitar RM15 bilion kepada KDNK dan menyediakan 26,500 peluang pekerjaan merentasi pelbagai bidang menjelang 2030.
Dengan pelaburan ini, ia dijangka dapat menarik lebih banyak pelaburan untuk melabur di Malaysia. Sekaligus, dapat merangsang ekonomi, inovsi dan mempercepatkan transformasi digital di negara ini.