realme secara rasmi mengesahkan peranti andalan mereka iaitu realme GT6 akan tiba ke pasaran global termasuklah Malaysia. Perkara tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif realme iaitu Sky Li.
Melalui perkongsian tersebut, Sky Li turut menyatakan yang realme GT6 merupakan peranti dengan status ‘Flagship Killer’. Selain itu, peranti ini akan turut dintergrasikan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekaligus menjanjikan pelbagai fungsi AI yang menarik.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun begitu, terdapat laporan menyatakan realme GT6 adalah penjenamaan semula dari realme GT Neo6 yang diperkenalkan untuk pasaran China.
Sekiranya tepat, realme GT6 mungkin hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci, cip Snapdragon 8s Gen 3, RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 1TB, bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 120W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.
Buat masa ini, realme Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.