HUAWEI berjaya memintas Samsung untuk berada di kedudukan pertama dalam pasaran telefon lipat global untuk suku pertama 2024.

Melalui data dari Counterpoint, memperlihatkan pemintaan telefon lipat global HUAWEI meningkat sebanyak +257% berbanding tahun yang sama. HUAWEI dikatakan berjaya mendominasi permintaan selepas memperkenalkan Mate X5. Selain itu, ketibaan rangkaian 5G pada peranti boleh lipat HUAWEI turut menjadi sebab permintaan meningkat.
Samsung yang sebelum ini mengungguli tempat pertama mencatatkan penurunan sebanyak -42% sekaligus menjadikan ia jatuh di kedudukan kedua. Kedudukan ketiga pula dipegang oleh HONOR dengan +460%. Manakala, kedudukan keempat adalah Motorola selepas mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan +1473%. Pertumbuhan luar biasa tersebut berjaya dicapai selepas memperkenalkan peranti boleh lipat siri Razr.
Untuk suku pertama 2024, permintaan telefon lipat jenis foldable adalah lebih tinggi dan popular dengan 55% sekaligus mengatasi permintaan telefon lipat jenis flip buat kali pertama sejak 2021.