Grab secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan OpenAI. Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan membangun dan menawarkan penyelesaian berasaskan kecerdasaan buatan (AI) dalam masa yang sama memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Terdapat 3 bidang utama yang akan difokuskan untuk kerjasama ini iaitu Accessibility, Customer Support dan juga Mapping. Justeru itu, Grab akan menggunakan kepakaran teknikal dan strategik OpenAI bagi menyesuaikan keperluan khusus untuk pengguna di Asia Tenggara.
Selain itu, Grab akan mula menggunakan perkhidmatan ChatGPT Enterprise untuk semua pekerja bagi meluaskan lagi pengunaan AI dan meningkatkan produktiviti kerja.
Ketua Pegawai Produk Grab iaitu Philip Kandal menyatakan, penggunaan AI akan mengubah cara mereka bekerja dan menyelesaikan masalah. Selain itu, ia berpotensi dalam mempercepatkan perkembangan dan penggunaan teknologi dalam syarikat. Dalam pada itu, ia akan memberi manfaat kepada pengguna, rakan kongsi dan pekerja Grab di seluruh Asia Tenggara.