realme secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu realme C63. Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan rekaan panel belakang mirip seperti iPhone 15 Pro Max dengan kemasan jenis kulit.
Untuk spesifikasi, realme C63 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.74-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB. Selain itu, ia turut menyokong fungsi Mini Capsule, Rainwater Smart Touch dan Air Gesture.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan swafoto 8MP. Kamera utama ini menyokong rakaman sehingga 1080p 30fps. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP54, NFC, dynamic button, bicu audio 3.5mm, pengecasan USB-C, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan Android 14.
Di Indonesia, realme C63 ini dijual pada harga bermula IDR1,999,000 (RM579) untuk 6GB + 128GB dan IDR2,299,000 (RM666) untuk 8GB + 128GB. Peranti ini akan turut diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.