Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan kerjasama dengan Starlink untuk menyediakan perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi dalam pesawat mereka.
Untuk fasa pertama, tiga pesawat milik Qatar Airways iaitu Boieng 777-300 akan dipasang dengan sokongan Starlink menjelang suku keempat tahun ini. Seterusnya, ia akan diperluaskan kepada semua pesawat dalam jangka masa dua tahun.
Melalui kerjasama ini, Qatar Airways akan menyediakan sambungan WiFi dengan kelajuan mencapai sehingga 500Mbps dalam pesawat mereka. Dengan kelajuan tersebut, ia membolehkan penumpang untuk terus menikmati perkhidmatan berasaskan rangkaian seperti penstriman video, melayari laman web, pemainan dalam talian dan sebagainya.
Qatar Airways bukan syarikat penerbangan pertama yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Starlink. JSX Airlines adalah syarikat penerbangan pertama yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Starlink pada penghujung tahun 2022.