Qualcomm secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Snapdragon 6s Gen 3. Merupakan cip kelas pertengahan dan pengganti kepada cip Snapdragon 695.
Cip Snapdragon 6s Gen 3 menggunakan teknologi binaan 6nm dari TMSC dan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu dengan sokongan 4G dan 5G. Menggunakan konfigurasi 8 teras dengan 2x Cortex-A78 dengan kelajuan 2.3GHz + 6x Cortex-A55 dengan kelajuan 2.0GHz. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Adreno 619.
Selain itu, cip ini menyokong teknologi RAM LPPDR4X dan storan dalaman UFS 2.2. Dari segi rakaman video, cip ini hanya menyokong rakaman sehingga 1080p 60fps sahaja. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti teknologi pengecasan Quick Charge 4+ dan sokongan sensor kamera sehingga 108MP.
Peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah Motorola G85 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.