ByteDance merancang untuk melabur RM10 billion bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kercerdasan buatan (AI) di rantau ini.
TikTok terus tingkatkan pelaburan di Malaysia!
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) June 7, 2024
Saya mengadakan pertemuan bersama Helena Lersch, Naib Presiden TikTok, bagi membincangkan perkembangan TikTok di Malaysia.
Setakat ini, TikTok melalui ByteDance System telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai,… pic.twitter.com/Apw2voOOGQ
Dalam pertemuan di antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Naib Presiden TikTok, Helena Lersch. ByteDance menyatakan yang mereka merancang untuk melabur RM10 billion di Malaysia dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecerdasan buatan (AI).
Selain itu, TikTok yang dimiliki oleh ByteDance turut merancang untuk mengembangkan fasitili pusat data mereka di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor dengan pelaburan tambahan sekitar RM1.5 billion.
Dengan pelaburan ini, ia akan membantu Malaysia dalam mencapai sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang tahun 2025. Selain itu, ia juga dapat merangsang ekonomi, inovasi dan mempercepatkan transformasi digital di negara ini.
Sebelum ini, Google dan Microsoft sedia untuk melabur di Malaysia dengan jumlah pelaburan keseluruhan sekitar RM19.9 billion.