Close

Siri Infinix NOTE 40 ‘Racing Edition’ tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1098

Siri Infinix NOTE 40 ‘Racing Edition’ secara rasminya tiba untuk pasaran tempatan. Merupakan sebuah peranti edisi khas yang dihasilkan dengan kerjasama BMW Design Works dan ditawarkan untuk model NOTE 40 5G dan NOTE 40 Pro 5G.

Peranti edisi khas ini menggunakan rekaan Racing Edition dengan 3 warna ikonik BMW iaitu biru-hitam-merah yang diletakkan pada bahagian belakang. Selain itu, ia turut hadir dengan pilihan warna baru iaitu kelabu untuk menjadikan peranti ini nampak lebih premium. Tidak ketinggalan, ia turut hadir dengan tema khas dan panel belakang mempunyai corak khas yang dipanggil sebagai ‘wing of speed’.

Untuk NOTE 40 Pro 5G Racing Edition, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7020 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 8MP + 2MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan tanpa wayar 20W (MagCharge).

Manakala untuk NOTE 40 5G Racing Edition, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7020 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP + 2MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W berwayar dan 15W tanpa wayar (MagCharge).

Untuk pasaran tempatan, Note 40 Pro 5G Racing Edition dijual pada harga RM1098 manakala untuk Note 40 5G Racing Edition pula dijual pada harga RM1299. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Infinix Malaysia. Selain itu, pembeli terawal akan menerima MagPower Racing Edition secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN