Close

Redmi Pad Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1099

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu Redmi Pad Pro. Tablet ini memfokuskan kepada tugasan yang pelbagai dan dilengkapi dengan spesifikasi yang menarik.

Redmi Pad Pro hadir dengan skrin 12.1-inci dengan resolusi 2.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor 8MP + 8MP. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti 4 pembesar suara, Bluetooth 5.2, WiFi 6 dan menjalankan sistem operasi HyperOS.

Redmi Pad Pro turut menyokong pelbagai aksesori seperti Redmi Pad Pro Keyboard, Redmi Smart Pen dan Redmi Pad Pro Cover.

Di Malaysia, Redmi Pad Pro dijual pada harga RM1099 (6GB+128GB) dan RM1499 (8GB + 256GB). Untuk aksesori, ia dijual pada harga RM399 untuk Redmi Pad Pro Keyboard, RM199 untuk Redmi Smart Pen dan RM99 untuk Redmi Pad Pro Cover.

Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan dengan harga promosi RM999 (6GB +128GB) bermula hari ini sehingga 7 julai 2024.

ARTIKEL BERKAITAN