Close

Samsung umumkan cip Exynos W1000 – Akan digunakan pada siri Galaxy Watch7?

Samsung secara rasmi mengumumkan cip baru untuk peranti boleh pakai mereka iaitu Exynos W1000. Cip ini akan digunakan pada jam tangan pintar baru mereka iaitu Galaxy Watch7 dan Watch7 Ultra

Cip Exynos W1000 ini dibina menggunakan teknologi binaan 3nm dengan rekaan fan-out panel-level packaging (FOPLP). Menggunakan konfigurasi CPU 1x teras Cortex-A78 dengan 1.6GHz + 4x teras Cortex-A55 dengan 1.5GHz yang dipadankan dengan GPU Mali-G68 MP2. Turut menyokong teknologi RAM LPDDR5 dan storan eMMC.

Samsung mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan pretasi yang lebih baik berbanding Exynos W930. Berdasarkan dari skor penanda aras, Exynos W1000 menawarkan peningkatan sebanyak 3.4x untuk teras tunggal dan 3.7x untuk teras pelbagai.

Selain itu, cip ini turut menyokong sistem Always on Display 2.5D, NFC, 4G LTE, GPS dan lain-lain. Peranti dengan cip ini dijangka diperkenalkan pada 10 Julai ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN