Close

DJI perkenalkan basikal elektrik Amflow PL – Dijana dengan DJI Avinox Drive System

DJI mengembangkan portfolio syarikat mereka dengan menyertai arena basikal elektrik dengan memperkenal electric mountain bike (eMTB). Basikal elektrik pertama dari DJI dinamakan sebagai Amflow PL dan dikuasakan dengan DJI Avinox Drive System.

Basikal elektrik Amflow PL dibina dengan menggunakan carbon fiber dan hanya seberat 19.2 kg sahaja. Dikuasakan dengan DJI Avinox Drive System yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 850W dan tork 150Nm untuk pendakian bukit.

Amflow PL ini dilengkapi 5 mod iaitu Auto, Eco, Trail, Turbo dan Boost. Hadir dalam 2 pilihan bateri iaitu 800Wh dan 600Wh yang mampu menawarkan jarak gerak sehingga 157 km dan 117 km. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas GaN 2A/508W yang mampu mengecas dari 0% ke 75% hanya dalam masa 90 minit.

Terdapat skrin sentuh OLED bersaiz 2-inci dengan kecerahan puncak 800 nits. Skrin ini memaparkan maklumat seperti status bateri, kelajuan basikal dan juga waktu. Turut menyokong intergrasi dengan aplikasi Avinox yang membolehkan semua data boleh diakses dengan lebih mudah.

Selain itu, basikal ini turut dilengkapi dengan fungsi Bike Protection yang akan memberikan amaran sekiranya basikal bergerak tanpa kebenaran serta boleh menjejaki lokasi melalui aplikasi. Sokongan sambungan USB turut tersedia yang boleh digunakan untuk mengecas peranti.

Harga jualan untuk Amflow PL adalah sekitar  €7,000 (RM35,585) dan €12,000 (RM61,000) bergantung kepada model dan kapasiti bateri. Ia dijangka akan mula tersedia bermula Q4 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN