Close

Xiaomi OpenWear Stereo tiba di Malaysia dengan harga RM599

TWS Open-ear pertama dari Xiaomi iaitu OpenWear Stereo kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Berbeza dengan penawaran sebelum ini, OpenWear Stereo hadir dengan rekaan unik untuk memberikan pengalaman audio yang lebih baik dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan.

OpenWear Stereo ini hanya seberat 9.6 gram untuk setiap satu TWS. Menggunakan pemacu dinamik 17x12mm yang menjanjikan kualiti bunyi yang lebih baik dan lebih optimum. Turut dilengkapi dengan LHDC resolusi tinggi dan sokongan pendaman rendah sehingga 96kHz. Selain itu, TWS ini turut mempunyai pensijilan Hi-Res Audio Wireless untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Untuk kawalan, TWS ini menyokong kawalan sesentuh untuk arahan seperti playback, pause, skip dan banyak lagi. Dimuatkan dengan bateri 788mAh pada bekas pengecas dan 60mAh pada setiap satu TWS. OpenWear Stereo ini mampu bertahan sehingga 7 jam 30 minit tanpa bekas pengecas dan 38 jam 30 minit dengan bekas pengecas. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP54 dan Bluetooh 5.3.

Di Malaysia, OpenWear Stereo ini dijual pada harga RM599. Namun, jika anda membeli dari 15 hingga 22 Julai ia dijual pada harga promosi iaitu RM499 sahaja. Bagi yang berminat, TWS ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN