WhatsApp bakal membawakan fungsi baru pada aplikasi mereka. Fungsi baru tersebut akan dikenali sebagai ‘Translate message’. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan mesej diterjemah secara terus melalui aplikasi.
Melalui perkongsian WABetaInfo, fungsi ini telahpun diuji oleh pengguna Android melalui kemas kini beta versi 2.24.15.9. Berdasarkan dari perkongsian itu, memperlihatkan pengguna mempunyai pilihan untuk menterjemah semua mesej perbualan secara automatik.
Menariknya, fungsi terjemahan ini dikatakan menggunakan teknologi dalaman yang dibangunkan oleh WhatsApp. Bermaksud, fungsi ini tidak bergantung kepada intergrasi Google Translate.
Pada ketika ini, fungsi tersebut hanya menyokong 5 bahasa iaitu English, Sepanyaol, Portugis, Russian dan Hindi. Fungsi ini dijangka akan menyokong lebih banyak bahasa pada masa akan datang. Selain itu, pengguna perlu muat turun data tambahan bagi memastikan terjemahan mesej dapat dijana oleh peranti.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia kepada semua pengguna.