Pengguna kini boleh memindahkan gambar atau video dari Google Photos secara terus ke iCloud Photos. Google dan Apple telah bekerjasama untuk membolehkan proses tersebut dilakukan dan ia merupakan sebahagian daripada projek ‘Data Transfer’ yang dibangunkan oleh kedua-dua syarikat.
Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu memindahkan gambar atau video secara manual sebaliknya ia boleh dilakukan melalui Google Takeout. Melaluinya, pengguna hanya perlu mengikut arahan untuk memulakan proses pemindahan.
Proses pemindahan tersebut mungkin mengambil masa yang sedikit lebih panjang bergantung kepada saiz fail. Jenis fail yang menyokong proses ini adalah seperti JPEG, HEIC, PNG, GIF, TIFF, BMP, MP4 dan MOV. Fail yang tidak menyokong akan disimpan secara terus ke dalam iCloud Drive.
Selain itu, fail atau kandungan yang telah selesai dipindahkan ke iCloud Photos tidak akan dipadam secara automatik di Google Photos.