Aplikasi penyuntingan video popular iaitu CapCut bakal menghentikan penawaran cloud storage secara percuma kepada pengguna. Perlaksanaan tersebut akan berkuat kuasa bermula 5 Ogos 2024.
Pada ketika ini, CapCut menawarkan cloud storage percuma 1GB kepada semua pengguna mereka. Namun, bermula 5 Ogos 2024 tiada lagi cloud storage percuma yang akan diberikan. Seiring dengan itu, CapCut menawarkan alternatif kepada pengguna mereka dengan memperkenalkan pelan langganan cloud storage.
Dengan melanggan cloud storage ia membolehkan pengguna menyimpan kandungan secara terus tanpa perlu memindahkan kandungan ke perkhidmatan simpanan lain.
CapCut adalah aplikasi yang ditawarkan secara percuma. Namun, untuk menggunakan fungsi yang lebih menarik ia tersedia dalam bentuk langganan bulanan.