Buat pertama kalinya Samsung menawarkan jam tangan pintar yang memfokuskan kepada pengguna aktiviti lasak dan pengguna aktif melalui Galaxy Watch Ultra. Hadir dengan spesifikasi yang berkuasa bersama dengan rekaan yang menarik.
Seperti namanya, Galaxy Watch Ultra hadir dengan rekaan yang berbeza dan skrin yang lebih besar berbanding model yang pernah dihasilkan oleh Samsung. Hanya dari rekaan sahaja, kita mungkin boleh simpulkan peranti ini sememangnya mempunyai ketahanan yang sangat baik dan sesuai untuk pelbagai jenis sukan lasak.
Hadir dengan satu pilihan saiz sahaja iaitu 47mm dengan rekaan squircles. Kerangka peranti ini menggunakan binaan dari Titanium tahap 4 yang turut melepasi piawaian MIL-STD 810H. Menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 1.5-inci dengan kecerahan puncak 3000 nits. Untuk menjadikan ia lebih lasak, skrin peranti ini dilindungi dengan sapphire crystal.
Dari segi kawalan, terdapat 3 butang yang diletakkan pada bahagian sisi kanan iaitu home button, quick button dan juga back button. Butang ini diberikan sentuhan warna yang berbeza iaitu putih untuk back button dan jingga untuk home button dan quick button. Untuk quick button, ia boleh ditetapkan kepada pintasan lain dan apabila ditekan dengan lebih lama ia akan mengaktifkan fungsi Emergency Siren. Fungsi ini bolehkan mirip seperti Action button pada Apple Watch Ultra.
Samsung turut membawakan penambahbaikan pada sistem tali jam dengan membawakan fungsi baru iaitu Dynamic Lug System. Penggunaan sistem ini memudahkan pengguna untuk membuka atau menukar tali jam. Tali jam yang digunakan adalah dari jenis getah dengan tekstur jenis kesat yang selesa apabila digunakan.
Galaxy Watch Ultra dikuasakan dengan cip Exynos W1000 yang dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Cip ini dibina dengan teknologi binaan 3nm dan menawarkan peningkatan pretasi yang lebih baik berbanding Exynos W930. Peranti ini menjalankan One UI 6 yang berasaskan Wear OS 5. Tidak ketinggalan, terdapat fungsi Night Vision yang menjadikan watch face bertukar kepada warna hitam dan merah untuk meningkatkan penglihatan pada keadaan kurang cahaya.
Bercakap mengenai kecergasan dan kesihatan, Galaxy Watch Ultra kini dimuatkan sensor generasi baru BioActive Sensor. Sensor baru ini menawarkan bacaan heart rate yang lebih tepat yang mana ia dikuasakan dengan AI. Turut dimuatkan dengan fungsi lain seperti ECG, Heart rate & HR alert, blood pressure, functional threshold power, personalized HR zone dan lain-lain. Untuk kecergasan, peranti ini menyokong pelbagai jenis kecergasan termasuklah triathlon yang boleh digunakan melalui fungsi baru Multi-Sports.
Bateri 590mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 48 jam dalam mod exercise power saving dan 100 jam dalam mod power saving. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, LTE, GPS dwi-frekuensi dan mampu menyelam sehingga 10 ATM. Selain itu, ia turut menyokong ketahanan suhu pada -20 hingga 55 darjah celcius.