Fon lipat baru dari Xiaomi iaitu MIX Fold 4 bakal diperkenalkan pada umum pada 19 Julai ini. Perkongsian tersebut dibuat oleh CEO Xiaomi iaitu Lei Jun melalui platform X.
The MIX Fold 4 continues to push the boundaries of what's possible – it's thin at 9.47mm and weighs only 226g. Feels like a regular phone in your hand but packs flagship-level capabilities in camera, performance and battery. #XiaomiMIXFold4 pic.twitter.com/vwTTuDna2z
— Lei Jun (@leijun) July 16, 2024
Melalui perkongsian tersebut, Lei Jun menyatakan yang MIX Fold 4 hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan dengan hanya 9.47mm dan 226gram sahaja. Peranti ini dijangka akan menjadi pesaing kepada fon lipat dari HONOR iaitu Magic V3 dan Samsung iaitu Galaxy Z Fold6.

Selain itu, MIX Fold 4 akan dilengkapi tetapan tri-kamera yang akan dipadankan dengan penjenamaan Leica. Peranti ini akan turut menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan penarafan IPX8. Tidak ketinggalan, ia akan turut hadir dengan fungsi komunikasi satelit dua hala.
Pada acara yang sama, Xiaomi dijangka akan turut memperkenalkan fon lipat jenis Clamshell pertama mereka iaitu MIX Flip, Redmi K70 Ultra dan juga Smart Band 9.