Close

Maybank perkenal ‘cooling-off period’ baru untuk peningkatan had pemindahan

Maybank melalui laman web rasmi mengumumkan mereka bakal memperkenalkan tempoh bertenang baru (cooling-off period) selama 12 jam untuk peningkatan had pemindahan melalui laman web Maybank2U. Perlaksanaan tersebut akan berkuat kuasa bermula 31 Julai 2024.

Menurut Maybank, perlaksanaan tersebut dibuat bagi mencegah dan mengekang isu penipuan perbankan dalam talian yang mencuba untuk meningkatkan had pemindahan transaksi tanpa kebenaran.

Antara perkhidmatan yang terkesan untuk tempoh bertenang baru ini adalah seperti pemindahan wang pihak ketiga (Maybank ke Maybank), pemindahan wang antara bank (DuitNow, DuitNow-Transfer dan GIRO) dan juga pemindahan FPX & DuitNow Online Banking/Wallets.

Fungsi had pemindahan wang ini boleh diakses melalui Maybank2U dengan pergi ke bahagian Settings > Pay & Transfer > Transfer Limit.

Sepanjang tempoh bertenang diaktifkan, pengguna masih boleh melakukan transaksi mengikut had pemindahan sedia ada. Sementara, had pemindahan baru hanya akan berkuat kuasa selepas tamat tempoh bertenang. Maybank akan menghantar notifikasi pemberitahuan selepas tamatnya tempoh bertenang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN