Pada kebiasaanya, Samsung akan memperkenalkan tablet generasi baru mereka bersama dengan Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6. Namun, perkara tersebut tidak berlaku dan ia mungkin akan diperkenalkan pada acara berbeza.
Samsung Galaxy Tab S10 Plus and S10 Ultra are expected to begin production in August, consistent with October launch rumors. Colors are Gray and Silver for each.
— Ross Young (@DSCCRoss) July 22, 2024
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang tablet generasi baru dari Samsung akan diperkenalkan pada Ogos tahun ini. Samsung dijangka akan memperkenalkan dua tablet baru iaitu Galaxy Tab S10+ dan Tab S10 Ultra.

Namun apa yang menarik, kedua-dua model ini dijangka akan dilengkapi dengan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 9300+. Buat pertama kalinya Samsung menggunakan cip MediaTek pada tablet andalan mereka. Sebelum ini, Samsung dilihat cenderung untuk menggunakan cip dari Qualcomm untuk tablet andalan mereka.
Dimensity 9300+ merupakan cip kelas andalan dan dibina menggunakan teknologi binaan 4nm generasi ketiga dari TSMC. Cip ini memfokuskan kepada kemampuan AI generatif dengan menyokong pelbagai teknologi kecerdasan buatan berasaskan LLM (Large Language Model), LoRA Fusion dan NeuroPilot LoRA Fusion 2.0. Cip ini digabungkan dengan GPU Arm Immortalis-G720 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 20%.