Close

Nothing Phone (2a) Plus akan hadir dengan cip Dimensity 7350 Pro

Nothing telahpun mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu Phone (2a) Plus yang akan diperkenalkna pada 31 Julai ini.

Dalam perkembangan terbaru, Nothing telah berkongsi maklumat mengenai cip yang akan digunakan pada peranti tersebut. Phone (2a) Plus akan dilengkapi dengan cip khas yang telah diubah suai oleh Nothing dan menggunakan nama yang berbeza iaitu Dimensity 7350 Pro.

Nothing mendakwa cip ini menawarkan peningkatan prestasi 10% lebih pantas secara keseluruhan berbanding Phone (2a). Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan peningkatan prestasi grafik sehingga 30% sekaligus menjanjikan pengalaman yang lebih baik berbanding cip Dimensity 7200 Pro.

Selain itu, cip ini akan digabungkan dengan 12GB RAM yang turut menyokong RAM Boost sehingga 8GB. Spesifikasi lain seperti, skrin, bateri, kamera dan pengecasan buat masa ini masih lagi tidak didedahkan.

Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahan oleh Nothing dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN