CIMB melalui laman web rasmi mereka mengumumkan bakal menamatkan beberapa perkhidmatan di aplikasi CIMB Clicks secara berperingkat.
Antara perkhidmatan yang akan ditamatkan adalah seperti perkhidmatan tambah nilai dan e-Simpanan Tetap bermula pada Ogos 2024. Seterusnya, perkhidmatan DuitNow QR dan Pemindahan Asing bermula September 2024. Akhir sekali adalah, perkhidmatan JomPay dan CIMB Deals yang bermula Oktober 2024.
Penamatan perkhidmatan ini dilihat seiring dengan arahan CIMB yang meminta pengguna beralih dari aplikasi CIMB Clicks kepada CIMB OCTO. Selain itu, dengan penamatan ini ia akan mengalakkan lagi pengguna bertukar kepada aplikasi CIMB OCTO.