Close

Xiaomi MIX Flip akan diperkenalkan ke pasaran global

Fon lipat jenis clamshell pertama dari Xiaomi iaitu MIX Flip dijangka akan diperkenalkan ke pasaran global.

Menurut laporan, Xiaomi sedia untuk menawarkan peranti tersebut luar dari pasaran China. Selain itu, Xiaomi dikatakan telah menyasarkan beberapa negara Eropah untuk menjadi yang terawal menawarkan MIX Flip.

Xiaomi MIX Flip telah diperkenalkan bersama MIX Fold 4 pada minggu lalu di China. Hadir dengan skrin luar yang besar iaitu 4-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin bersaiz 6.86-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5 dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 4780mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dimuatkan dengan teknologi kamera Leica.

Di China, MIX Flip ini dijual pada harga bermula CNY5999 (RM3869) untuk 12GB + 256GB, CNY6499 (RM4193) untuk 12GB + 512GB dan CNY7299 (RM4708) untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Purple, White dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN