vivo telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu siri vivo V40 pada 7 Ogos ini di India.
Pada acara pelancaran tersebut, vivo akan memperkenalkan 2 pilihan model di bawah siri V40 iaitu V40 dan V40 Pro. Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh vivo buat masa ini.
Namun begitu, menurut beberapa maklumat V40 dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 manakala untuk V40 Pro akan dijana dengan cip Dimensity 9200+. Selain itu, kedua-dua model akan dilengkapi dengan bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 80W.
Seperti model sebelumnya, siri V40 ini akan turut hadir dengan keupayaan kamera dengan penjenamaan ZEISS. Maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Jadi, seperti biasa, sama-sama kita nantikan.