Sensor kamera dari Sony telah menjadi pilihan utama Apple untuk digunakan pada iPhone. Namun, perkara tersebut mungkin akan berubah tidak lama lagi.
Menurut laporan, Apple dijangka akan mula menggunakan sensor kamera dari Samsung bermula pada 2026. Bermaksud, generasi iPhone yang seterusnya akan dilengkapi dengan sensor kamera dari Samsung.
Dengan pemilihan Samsung sebagai pembekal sensor kamera. Sekaligus, memecahkan dominasi Sony sebagai pembekal utama sensor kamera untuk Apple. Samsung dijangka akan menawarkan kamera sensor 48MP untuk digunakan pada iPhone.
iPhone 18 dijangka akan menjadi peranti pertama akan dilengkapi dengan sensor kamera 48MP dari Samsung. Selain itu, dengan adanya dua pembekal sensor kamera ia akan dapat menyelesaikan masalah rantaian bekalan dan mengurangkana kebergantungan kepada satu pembekal sahaja.