Close

Nothing Phone (2a) Plus diperkenalkan – Guna cip Dimensity 7350 Pro dan pengecasan 50W

Nothing secara rasmi telah memperkenalkan Phone (2a) Plus. Seperti namanya, Phone (2a) Plus adalah versi yang dipertingkat dan hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding Phone (2a).

Phone (2a) Plus hadir dengan skrin Flexible AMOLED bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip khas dari MediaTek iaitu Dimensity 7350 Pro yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Nothing menyatakan yang cip ini menawarkan peningkatan CPU sehingga 10% dan GPU sehingga 30%.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor yang lebih besar iaitu 50MP. Keupayaan kamera ini turut dijana dengan TrueLens Engine untuk pengalaman fotografi yang lebih baik.

Phone (2a) Plus kekal mengunakan kapasiti bateri yang sama 5000mAh namun menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu 50W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, pembesar suara jenis stereo, penarafan IP54 dan menjalankan Nothing OS 2.6 berasaskan Android 14.

Di Eropah, Phone (2a) Plus dijual pada harga bermula $399 (RM1834) untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Metalic Grey dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN