nubia Malaysia mengemas kini penawaran mereka dengan memperkenalkan dua model baru untuk pasaran tempatan iaitu Z60 Ultra Leading Version dan Z60S Pro.
Untuk Z60 Ultra Leading Version, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong PWM Dimming 2160Hz, touch sampling rate 1200Hz dan kecerahan puncak 1500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version yang menawarkan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa. nubia mendakwa cip ini mampu menawarkan keupayaan untuk menjalankan model AI dengan 10 bilion parameter. Cip ini dipadankan dengan konfigurasi RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar+ 64MP Telefoto. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor 12MP yang diletakkan di bawah skrin (UDC). Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68 dan menjalankan sistem opeasi MyOS 14 berasaskan Android 14.
Manakala untuk Z60S Pro pula, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utam 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar + 8MP Teletofo dan swafoto 16MP. Kamera ini turut menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Magic Eraser, AI Sky dan AI Blur. Dimuatkan dengan bateri 3100mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, WiFi 6, Bluetooh 5.3 dan menjalankan sistem operasi MyOS 14 berasaskan Android 14.
Di Malaysia, nubia Z60 Ultra Leading Version dijual pada harga RM3499 (12GB + 256GB), RM4299 (16GB + 512GB) dan RM4699 16GB + 1TB. Manakala untuk Z60S Pro pula dijual pada harga RM2999 (12GB + 256GB), RM3699 (16GB + 512GB) dan RM4099 (16GB + 1TB).
Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli dengan harga promosi iaitu RM2899 (12GB + 256GB), RM3499 (16GB + 512GB) dan RM3899 16GB + 1TB. Manakala untuk Z60S Pro pula dijual pada harga RM2199 (12GB + 256GB), RM2599 (16GB + 512GB) dan RM2999 (16GB + 1TB). Harga promosi ini ditawarkan bermula 1 hingga 10 Ogos 2024.