Close

Qualcomm perkenalkan cip Snapdragon 4s Gen 2 – Apa yang baru?

Qualcomm secara rasmi memperkenalkan cip baru iaitu Snapdragon 4s Gen 2. Merupakan cip kelas permulaan dan pengganti kepada cip sedia ada iaitu Snapdragon 4 Gen 2.

Cip Snapdragon 4s Gen 2 hadir dengan teknologi binaan 4nm dan menggunakan konfigurasi 8 teras dengan 2x Cortex-A78 dengan kelajuan 2.0GHz + 6x Cortex-A55 dengan kelajuan 1.8GHz. Cip ini turut menyokong teknologi RAM LPDDR4X dan juga teknologi storan UFS 3.1.

Dari segi paparan, cip ini menyokong skrin dengan resolusi FHD+ dengan paparan 90Hz. Untuk fotografi, ia menyokong sistem kamera dengan sensor sehingga 84MP dan mampu merakam video dengan resolusi maksimum 1080p 60fps.

Selain itu, ia turut menyokong rangkaian 5G secara terbina dengan kelajuan dihadkan kepada 1Gbps sahaja. Sebagai perbandingan, cip Snapdragon 4 Gen 2 menawarkan kelajuan yang lebih tinggi iaitu 2.5Gbps. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah Bluetooh 5.1, WiFi 5 dan pengecasan Quick Charge 4+.

Xiaomi dijangka akan menjadi pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN