Close

Rakyat Malaysia kerugian lebih RM1 bilion akibat ‘scam’

Jenayah siber di Malaysia berada di fasa yang membimbangkan selepas mencatatkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan lebih dari RM1 billion wang rakyat telah lesap disebabkan oleh sindiket penipuan dalam talian pada tahun lalu. Sindiket penipuan ini merangkumi pelbagai platform media sosial.

Bukan itu sahaja, kes buli siber turut mencatat peningkatan yang serius dengan 10 kes dilaporkan setiap hari pada tahun yang sama. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh berikutan ia akan memberi kesan kepada kepada pembangunan sosial di Malaysia.

Dalam usaha untuk memerangi isu tersebut, kerajaan telahpun mengumumkan keperluan untuk semua platform media sosial dan permesejan memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia. Perlaksanaan ini akan dapat menangani kes jenayah siber seperti pengguna akaun palsu dan sebagainya.

Kegagalan mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan mengikut Akta 588. Selain itu, Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara serantau dalam memastikan ekosistem internet menjadi lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN