Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 4 pada suku pertama 2025. iPhone SE 4 ini berkemungkinan akan menggunakan skrin OLED dari LG Display bukannya BOE.
Menurut laporan, iPhone SE 4 berkemungkinan tidak akan menggunakan skrin OLED dari BOE sebaliknya akan menggunakan skrin dari LG Display. Namun begitu, BOE masih lagi menjadi pembekal skrin utama untuk Apple manakala LG Display akan menjadi pembekal kedua.
Selain itu, LG Display dikatakan akan memfokuskan kepada penghasilan skrin untuk iPhone SE sementara BOE pula memfokuskan kepada penghasilan skrin untuk generasi iPhone seterusnya.
iPhone SE 4 dijangka akan menggunakan rekaan daripada iPhone 13 atau iPhone 14. Namun begitu, ia kekal menggunakan kamera belakang tunggal seperti model sebelumnya. Selain itu, iPhone SE 4 dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci dengan skrin jenis bertakuk dan menggunakan pengecasan jenis USB-C.