Close

Spesifikasi HUAWEI nova Flip tertiris

Sebelum ini, HUAWEI telahpun mengesahkan ketibaan fon lipat baru mereka iaitu nova Flip yang akan diperkenalkan pada 5 Ogos ini.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan spesifikasi yang akan digunakan pada nova Flip. Peranti tersebut dijangka hadir dengan skrin luar bersaiz 2.14-inci OLED dengan paparan 60Hz dan skrin utama 6.79-inci OLED LTPO dengan paparan 120Hz.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Dimuatkan dengan bateri 4400mAh yang menyokong pengecsan 66W. Peranti ini berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip siri 9000 yang akan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Namun begitu, spesifikasi lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN